Fikiran Bercelaru

Dalam pada kita mendiamkan diri, otak bergeliga memikirkan masa depan.
adakah sebab diri ni tak ada semangat atau semangat ni dah menyorokkan diri.

aku kenal diri ni perlu keluar untuk bina keyakinan diri, tapi jalan yang ada tu hanya jalan buntu, terhenti separuh jalan, tak terdaya nak teruskan tanpa bimbingan, bukan kerana sudah bosan.

jawapan ENTAHLAH yang boleh selamatkan diri.

Entahlah, aku pun tak tahu apa yang aku buat,
Entahlah, aku pun tak tahu aku nak buat apa.

kadang-kadang terfikir, agaknya aku jahil Dia menguji aku supaya balik rumah, baliklah ingat semula ayat-ayat yang belajar di sekolah berkain ungu.

Taubat. itu sahaja jawapan yang boleh aku fikir. solat taubat yang tak perlu tunggu hingga hujung nyawa. Solat taubat lah wani.

mungkin.. mungkin jalan yang ingin dipilih lebih dipermudahkan. mungkin juga tidak.
aku tak daya, saban hari semua menguji. dengan akademik yang buntu, dengan fizikal yang sempuna dimata orang tapi tak dimata aku. banyak kekurangan.

kekurangan itu lah aku rasa kecil dalam kumpulan, dalam kelas, dalam sekolah, dalam U, mahupun dalam masyarakat.

gangguan sekeliling buat aku cepat marah, tekanan tinggi, juga libatkan tekanan mental seperti mencubit otak.

Maafkan aku, Ego aku tinggi, kerana aku tak mahu dipandang rendah. bukan aku minta, bukan itu yang aku mahu.....andai itu terjadi tegurlah semanis-manis tegur. sebab mungkin diwaktu sunyi.
suara itu yang terngiang-ngiang di telinga.


tulisan ikhlas: wanizati :)

Comments

Popular Posts